Monday 7 October 2013

Pemuliharaan Sumber Tenaga

Definisi pemuliharaan sumber tenaga

Pemuliharaan sumber tenaga bermaksud menguruskan sumber tenaga dengan cermat, menjimatkan penggunaan tenaga dan mengelakkan pembaziran.

Sebab-sebab atau mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga

*Sebab-sebab atau mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga adalah disebabkan oleh bilangan penduduk unia semakin bertambah. Hal ini bermakna keperluan dan penggunaan tenaga juga semakin bertambah. Penggunaan tenaga oleh setiap individu bertambah mengikut kadar pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sesebuah negara.

Beberapa cadangan tentang cara-cara penggunaan tenaga secara cekap

Penggunaan mentol penjimat tenaga

Berkongsi kereta ke tempat kerja

Menggosok banyak pakaian dalam suatu masa

Penggunaan periuk tekanan penjimat tenaga

Penggunaan pengangkutan awam




Kepentingan memulihara sumber tenaga
1.       Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui semakin menyusut kerana penggunaannya yang berterusan dan meluas.
2.       Akibat masalah penyusutan sumber tenaga,kita mesti mencari sumber tenaga alternatif
3.       Mengelakkan pembaziran tenaga melalui amalan yang teliti dan bijaksana.
4.       Menghasilkan bahan api baru seperti arkohol daripada hampas tebu dan diesel daripada sisa kelapa sawit.
5.       Menggunakan pengetahuan saintifik dan teknologi untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dalam kenderaan dan mesin.
6.       Pemuliharaan tenaga adalah penting supaya sumber tenaga kekal lebih lama.

cara penggunaan dan pengurusan sumber tenaga yang cekap

Pengurangkan penggunaan diesel, petroleum dan bahan yang tidak boleh di perbaharui.
Gunakan kereta hybrid, tenaga solar dan sumber yang boleh diperbaharui.
Menggunakan peralatan elektrik dengan berhemah.